Followers

Friday, July 22, 2011

Singapura VS Malaysia, Stadium Jalan Besar Singapura, 23 Julai 2011, Kelayakan Piala Dunia 2014





Salam semua. Esok pasukan Malaysia akan berentap dalam perlawanan pusingan ke-2, memastikan kemenangan ke atas Singapura, bagi membawa bekalan selesa ke Bukit Jalil nanty. Walaupun Malaysia pincang tanpa kelibat Nor Shahrul Idlan Talaha, Datuk K. Rajagopal sudah pasti ada ramuan tersendiri bagi menutup kepincangan itu, seterusnya menggunakan ramuan dan rancangan yang terbaik bagi menumpaskan pasukan Singapura.

Pasukan Singapura juga bukan calang-calang pasukan dan tidak boleh dipandang sebelah mata. Tapi, setelah bermain beberapa perlawanan persahabatan seperti menentang Arsenal dan juga Liverpool, pasukan Kebangsaan nampak mempunyai kelebihan berbanding pasukan lawan esok. Apa-apa pon, sokongan daripada seluruh rakyat Malaysia amatlah ditagih oleh semua pemain, lebih-lebih lagi perlawanan esok akan dikelilingi penyokong lawan, sedangkan tiket untuk penyokong Malaysia tidak sampai pon 1000 tiket.

Walaubagaimanapun, seluruh rakyat Malaysia percaya pasukan Kebangsaan akan membuat kejutan di sana. Saksikan juga perlawanan ini secara langsung pada pukul 7.30 malam esok. Selamat Berjuang kepada semua pemain, semoga kemenangan akan menjadi milik kita. Amin.



Bombay,

2 comments:

cx's said...

yeah! Malaysia boleh.. moga Malaysia menang! :) eksaited nk tgu esok.

bombay said...

yeah!hope kita menang!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...