Followers

Monday, July 25, 2011

Padang Bola VS Tanah Perkuburan..

Salam semua..hari ini nak menulis sedikit mengenai aktiviti 2 hari di hujung minggu aku yang berbeza sepenuhnya. Berbeza dari segi apa, akan ditulis sebentar lagi. Pada hari Sabtu, JKKK di sini mengadakan perlawanan bola sepak yang disertai oleh ramai remaja-remaja sihat lagi aktif bagi merebut hadiah yang agak lumayan bagi aku. Apa yang dapat aku perhatikan di sana, suasana sangat-sangat meriah. Ramai orang datang menyaksikan perlawanan bola tersebut. Boleh dikatakan beratus-ratus orang hadir. Ada yang dating dari rumah, dari tempat kerja, dan ada juga yang dating dari sekolah itu sendiri, iaitu murid-murid yang menjalani kelas tambahan pada hari sabtu itu. Di suatu sudut, ada yang bekerjasama menolong membuat beberapa kerja seperti mengutip sampah dan sebagainya. Sepanjang perlawanan ini dijalankan, ramai orang memberikan sokongan kepada pasukan kegemaran mereka. Boleh dikatakan aktiviti yang dianjurkan itu berjalan dengan lancar tanpa sebarang cacat celanya. Apa yang aku boleh simpulkan, memang keadaan disitu penuh dengan kegembiraan, dengan semanagat kesukanan, tambahan dengan sokongan orang ramai yang hadir.

Keesokan harinya, aku sekeluarga pergi menziarahi tanah perkuburan berdekatan dengan rumah, di mana terletaknya kubur arwah adikku, atukku, nenekku dan juga 2 orang bapa saudaraku. Nenekku bru sahaja meninggal pada 13 Julai yang lalu, adikku pada hujung tahun 2009, dan atuk serta 2 orang bapa saudaraku sudah lama meninggal dunia. Semua orang di kampung sudah sedia maklum yang hari ini(Ahad) adalah hari gotong royong membersihkan tanah perkuburan. Aktiviti ini memang sangat-sanagt berbeza dengan aktiviti semalam. Perlawanan bola semalam dibanjiri dengan ramai orang, sedangkan hanya 2-3 kerat yang datang untuk bergotong-royong, bersama-sama membersihkan tanah perkuburan. Aku tertanya-tanya, kemana perginya orang ramai datang menyaksikan bola semalam. Beratu-ratus orang di padang semalam, tapi hanya lebih kurang tidak sampai pun 20 orang yang hadir di tanah perkuburan. Bagi aku, dua-dua aktiviti ini adalah sama, dijalankan di peringkat kampung dan haruslah disertai oleh semua penduduk kampong. Mungkin lah hanya persekitaran yang berbeza. Di padang terbentang padang bola dengan beberapa orang pemain serta sokongan penonton, tetapi di tanah perkuburan hanyalah ada batu-batu nisan yang terpacak, dengan jasad-jasad yang selamat dikebumikan serta keadaan sekeliling yang sunyi. Alangkah baiknya jika ramai penduduk kampung datang ke tanah perkuburan ini seperti ramainya penonton di padang bola. Sambil-sambil mengumpul pahala bergotong-royong, boleh la juga kita menginsafkan diri dan senantiasa mengingati akan kematian.

Aku tidaklah mengatakan yang aku ini terlampau bagus daripada orang lain dan selalu pergi melawat ke tanah perkuburan. Tidak sama sekali. Aku hanya ingin mengingatkan diri aku dan juga orang lain mengenai hal-hal yang seperti ini. Semoga kita boleh berubah untuk menjadi yang lebih baik. Insyaallah...

Bombay,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...