Keesokan harinya, aku sekeluarga pergi menziarahi tanah perkuburan berdekatan dengan rumah, di mana terletaknya kubur arwah adikku, atukku, nenekku dan juga 2 orang bapa saudaraku. Nenekku bru sahaja meninggal pada 13 Julai yang lalu, adikku pada hujung tahun 2009, dan atuk serta 2 orang bapa saudaraku sudah lama meninggal dunia. Semua orang di kampung sudah sedia maklum yang hari ini(Ahad) adalah hari gotong royong membersihkan tanah perkuburan. Aktiviti ini memang sangat-sanagt berbeza dengan aktiviti semalam. Perlawanan bola semalam dibanjiri dengan ramai orang, sedangkan hanya 2-3 kerat yang datang untuk bergotong-royong, bersama-sama membersihkan tanah perkuburan. Aku tertanya-tanya, kemana perginya orang ramai datang menyaksikan bola semalam. Beratu-ratus orang di padang semalam, tapi hanya lebih kurang tidak sampai pun 20 orang yang hadir di tanah perkuburan. Bagi aku, dua-dua aktiviti ini adalah sama, dijalankan di peringkat kampung dan haruslah disertai oleh semua penduduk kampong. Mungkin lah hanya persekitaran yang berbeza. Di padang terbentang padang bola dengan beberapa orang pemain serta sokongan penonton, tetapi di tanah perkuburan hanyalah ada batu-batu nisan yang terpacak, dengan jasad-jasad yang selamat dikebumikan serta keadaan sekeliling yang sunyi. Alangkah baiknya jika ramai penduduk kampung datang ke tanah perkuburan ini seperti ramainya penonton di padang bola. Sambil-sambil mengumpul pahala bergotong-royong, boleh la juga kita menginsafkan diri dan senantiasa mengingati akan kematian.
Aku tidaklah mengatakan yang aku ini terlampau bagus daripada orang lain dan selalu pergi melawat ke tanah perkuburan. Tidak sama sekali. Aku hanya ingin mengingatkan diri aku dan juga orang lain mengenai hal-hal yang seperti ini. Semoga kita boleh berubah untuk menjadi yang lebih baik. Insyaallah...
Bombay,
2 comments:
dtg ziarah sini balik...
tq..:)
Post a Comment