Trans Studio Bandung merupakan taman tema yang terletak di Bandung Indonesia, dan merupakan taman tema dalam studio terbesar di dunia. Taman tema ini menyediakan pelbagai jenis permainan.
Ada kira-kira 20 jenis permainan yang boleh di dirasai oleh setiap pengunjung yang hadir di taman tema ini. Antara permainan-permainan yang ada di taman tema ini adalah seperti Trans Car, Negeri Raksasa, 4D Marvel Superheroes, Dragon Rider, Jacl And The Bean, dan juga Lost City.
Trans Studio Bandung ini juga dikatakan boleh menyaingi taman tema-taman tema yang lain seperti Universal Studio dan juga Disneyland. Ini boleh dilihat dengan sambutan yang sungguh meriah dan memberangsangkan daripada pelancong-pelancong dalam dan luar Indonesia yang begitu teruja dengan taman tema ini sejak ianya dibuka pada pertengahan tahun ini (Jun 2011).
Taman tema ini sudah tentu akan menjadi daya tarikan untuk pelancong serata dunia ke Indonesia bagi merasa sendiri kelebihan Trans Studio Bandung ini.
Segala info mengenai Trans Studio Bandung ini boleh didapati di laman web rasmi taman tema tersebut iaitu di http://www.transstudiobandung.com/ atau pun boleh mendapatkan banyak maklumat daripada Facebook Trans Studio Bandung.
Segala info mengenai Trans Studio Bandung ini boleh didapati di laman web rasmi taman tema tersebut iaitu di http://www.transstudiobandung.com/ atau pun boleh mendapatkan banyak maklumat daripada Facebook Trans Studio Bandung.
Bombay,
4 comments:
bukan aku nak ajak korang g bandung cuti2 nie..? nak g sinilah sebnrnya... sekali semua sibuk keje da.... ;)
bz dowh..nak buat mcm mane..hahaha..xpe2..laen kali kte gy bob..hehe..;)
bay, ko nk kirim apa?
nantyla.hehe..;)
Post a Comment