Followers

Sunday, August 14, 2011

Tewasnya Peter Gade, Super Dan Bertemu Chong Wei Di Final..



Sudah dijangka, Lin Dan memang akan bertemu seteru utamanya yang juga pemain ranking nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei dalam Kejohanan Badminton Dunia London 2011. Lin Dan, pilihan kedua, berjaya menewaskan Peter Hoeg Gade dari Denmark, pemain ranking nombor tiga dunia di perlawanan separuh akhir dengan permainan 3 set. Peter Gade berjaya mengejutkan Lin Dan pada set pertama dengan kemenangan 24-22, tetapi Lin Dan bangkit dan terus memenangi dua set berikutnya.





Lee Chong Wei, yang berjaya menewaskan Chen Jin sebelum itu sudah pasti akan berdepan cabaran getir, berjumpoa dengan musuh yang sangat-sangat dikenalinya sejak dulu lagi. Apa-apa pun, Lee Chong Wei akan memastikan yang kejuaraan dunia ini akan menjadi miliknya buat pertama kali dalam sejarah badminton negara dan akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menewaskan Super Dan di final pada malam ini.

Bombay,

2 comments:

Kendra Bing said...

Discover blogs, pics and videos you otherwise wouldn't have at http://kendrabing.com. Or share your truly awesome blog postings to be part of the big collection.

bombay said...

tq for visiting..will be visiting back soo.:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...