Followers

Saturday, August 13, 2011

Selepas Safee Sali, Baddrol Bakhtiar Pula Pikat Kelab Liga Inggeris..



Selepas cerita Safee Sali yang dikatakan diintai pasukan Bundesliga Jerman, kini Baddrol Bakhtiar pula dikatakan telah menarik minat pengurusan sebuah kelab Liga Inggeris, Wigan Athletic. Di laman web www.wigan.vitalfootball.co.uk, nama Baddrol Bakhtiar memang disebut-sebut. Diberitakan, Baddrol yang beraksi untuk pasukan Kedah di Liga Super Malaysia akan diberi tempoh percubaan untuk beraksi bersama kelab tersebut. Siapa yang tidak kenal Baddrol Bakhtiar, seorang pemain yang sangat lincah dipadang. Kepakaran melalui sepakan deras dari jarak jauh adalah kegemaran beliau yang selalu mengecewakan pihak lawan.



Baddrol yang ditemui menyatakan beliau tidakla terlalu memikirkan mengenai tawaran ini kerana masih tidak menerima apa-apa tawaran rasmi daripada kelab tersebut. Apa yang penting, beliau akan menumpukan sepenuh perhatian terhadap Piala Malaysia yang akan dimulakan tidak lama lagi bagi memastikan pasukan Kedah menjuarai piala berprestij tersebut.

Sumber.

Bombay,

3 comments:

Syazwan Che Deraman said...

wahhh..
perkembangan positif untuk malaysia.

selamat berpuasa bro.

bombay said...

yezza!kalau jadi kenyataan, konfem cool..hehe..

selamat berpuasa jugak..:)

Admin said...

terbaiklahh harimau malaya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...