Followers

Saturday, August 27, 2011

Safiq Rahim Terbang Ke Cardiff City..



Siapa yang tidak kenal dengan Safiq Rahim. Anak kelahiran Kuala Selangor ini sudah pun menempa nama dalam arena bola sepak Malaysia sejak beberapa tahun yang lalu. Safiq yang bermain untuk Selangor memulakan karier bola sepaknya ketika mewakili Selangor untuk Piala Presiden tidak lama dahulu. Kini, Safiq menggalas tanggungjawab sebagai kapten bola sepak kebangsaan yang diberi kepercayaan 100% oleh jurulatihnya, Datuk K. Rajagopal. Pemain tengah pasukan Selangor ini memang sentiasa digeruni pasukan lawan, lebih-lebih lagi melalui sepakan-sepakan menarik yang dihasilkan antaranya menjaringkan gol cantik ketika menentang Liverpool bulan lepas. Terbaru, Safiq diberitakan akan terbang ke Eropah, untuk menyertai ujian percubaan untuk kelab Cardiff City. Safiq akan menjalani tempoh ujian selama 3 minggu, sebaik sahaja Piala Malaysia melabuhkan tirainya. Safiq memang begitu teruja dengan tawaran ini dan berkata akan berusaha bersungguh-sungguh dan akan melakukan yang terbaik untuk dirinya, dan juga Malaysia. Diharap, Safiq akan terus maju dalam arena bola sepak negara supaya terus mengharumkan nama Malaysia.

Sumber.

Bombay,

1 comment:

Kakkoii said...

tahniah buat beliau.. ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...