Salam semua..benda nie jadi semalam..tu yang aku satu hari tak update tu..hehe..ok2, pagi around pukul 10 macam tu, datang posmen anta surat..ada surat untuk mak dengan abah aku..sama suratnya..tengok2, surat from satu firma guaman yang kata nak amek tindakan dekat abah dengan mak aku yang dah fitnah diorang..ok, sebenarnya, abah dengan mak aku ada sain satu surat sokongan, yang diminta oleh dua orang kawan abah aku..orang india..abah dengan maka aku memang kenal diorang dari kecik..diorang nie sebenarnya tengah fight dengan BAPAK diroang sendiri pasal urusan jual beli tanah..2 orang yang minta sokongan abah dengan mak aku nie nak lawan kat mahkamah pasal tanah tu...diorang tak nak tanah tu dijual, tapi bapak diorang dah pun jual..
Pasal surat sokongan tu, itu untuk mengesahkan yang diorang ada kepentingan dekat tanah tu..aku ada cakap kan tadi, abah dengan mak aku memang kenal diorang dari kecik lagi, so, memang diorang ada kepentingan dekat tanah tu..diorang usahakan tanah tu jugak, so, bererti diorang ada kepentingan dekat tanah tu and bapak diorang xboleh nak jual tanah tu suka2 hati..yang abah dengan mak aku sain tu adalah bukti diorang ada kerjakan tanah tu dulu..bukan abah dengan mak aku je yang sain, ade lagi 12 orang yang sain surat tu jugak..
So, disebabkan abah dengan mak aku serta 12 orang yang lain sain juga, kesemua 14 orang tu diberi surat oleh peguam bapak kepada yang 2 orang tadi yang menyatakan yang 14 orang nie telah memfitnah mereka..so, mereka akan ambil tindakan undang2, iaitu nak saman kesemua 14 orang nie..so, memang semua dah cuak la kan..dengan kadar segera, bapak aku call 2 orang yang nak fight dengan bapak dye tu tadi..diorang pon terus datang umah aku untuk terangkan keadaan sebenar..
2 orang nie memang bapak aku dah kenal lama..dari kecik lagi..diorang pon cerita dari mula..diorang nie cakap, peguam yang sebelah sana TAK SEPATUTNYA buat surat macam tu dekat 14 orang nie sebab yang 14 orang nie xde kene mengena pon pasal kes tanah nie..cuma, 14 orang nie hanya sain surat yang mengatakan 2 orang yang fight untuk tanah ini memang ada sama2 mengerjakan tanah dengan bapak diorang, yakni ynag dirang nk fight kat mahkamah nie..2 orang nie cakap, surat yang dihantar nie dikira sebagai ugutan..so, 2 orang nie pon pergi buat laporan polis lepas tu mengenai surat tu..
Legalah siket kitorang lepas 2 orang nie explain satu persatu yang mengatakan pihak sebelah sana memang xde hak nak bagi surat macam tu dekat parents aku dengan yang lain tu..dye jugak ada cakap dengan surat yang macam nie, kes ni akan lebih berat dekat dye and berkemungkinan 2 orang nie akan menang..ape2pon dye cakap, if ada apa2, peguam diorang akan defend habes habesan pasal bende nie..
Fuhhhh..lega dengar..dari mulot orang yang betul2 terlibat dengan kes tanah nie..memanag lega..xkan korang tak terkejot tiba2 dapat surat saman..gilaaa!dah macam2 aku pk time tu..naseb baek 2 orang nie datang and explain the whole thing..
P/S: Memang susah bila dah jadi macam nie..bapak lawan anak dekat mahkamah..teringat time belajar law time part 1..memang complicated..tapi aku rase tak seomplicated kes nie..pening kepale..perghhh..Alhamdulillah..mintak2 semuanya berjalan lancar..
P/S lagi sekali: Rindu nak belajar law..haha..:)
P/S lagi sekali: Rindu nak belajar law..haha..:)
Bombay,
No comments:
Post a Comment