Followers

Saturday, August 13, 2011

Bila Bombay Menyuarakan Pendapatnya Mengenai Ragbi Malaysia..

Salam semua..hari nie nak berbicara mengenai ragbi..sukan ragbi nie dah makin popular kat Malaysia..sukan nie memang sangat-sangat ganas..tapi, kalau kene dengan cara permainan nya, semua tu tak menjadi masalah..ramai orang cakap, ape barang main ragbi, baik main bola..jangan cakap begitu, semua permainan ada keistimewannya..dalam ragbi, kalau takde kerjasama, komunikasi yang baik dalam perlawanan, sumpah game tu akan hancur..



Mungkin aku akan terangkan lebih lanjut nanty mengenai sukan kegemaran aku nie..korang boleh tengok post2 aku yang lain mengenai ragbi dekat [sini]..aku jugak ada buat dua post mengenai perbezaan ragbi dengan bola sepak..boleh tekan kat [sini] dengan [sini] kalau nak tengok..

Ok, apa yang aku nak tekankan pada entry kalai ni adalah mengenai hala tuju dan masa depan ragbi negara..Aku ada terbaca dekat Facebook Fan Page Astro Arena yang bertanyakan mengenai masa depan ragbi negara..dan pakah yang wajar dilakukan oleh pihak yang berkenaan bagi memantapkan lagi sukan ragbi tanah air..



Aku pon tanpa segan silu memberikan komen macam kat bawah..



Kenapa aku semangat sangat?aku pernah main sukan nie dulu..sekarang aku dah tak boleh main..tapi, aku tetap nak naikkan sukan ragbi Malaysia di mata dunia..itu niat aku..aku terasa jugak kadang2 media selalu memberikan tumpuan lebih pada skuad bola sepak Kebangsaan, sedangkan pasukan ragbi negara juga tidak ada kurangnya..sudah banyak kali juga mengharumkan nama negara..Aku jugak ada hantar komen/message dekat satu stesen TV yang tidak menyiarkan liputan mengenai pertandingan ragbi bertaraf antarabangsa di Malaysia, HSBC COBRA Rugby 10's pada tahun lepas sedangkan liputan mengenai sukan bola sepak tidak terkira banyaknya disiarkan di stesen TV terbabit, lebih-lebih lagi bola sepak antarabangsa..tapi, xde jawapan pon..menugkin komen aku tu hanya seperti pasir kat tepi jalan, yang tak ade ape2 makna pon..Bagi aku, jika ramai yang memberikan perhatian pada skuad ragbi negara, mesti semangat setiap pemain akan meningkat..

Janganla kita asyik menuding jari, menggeleng-gelengkan kepala, bertanya apa sudah jadi kepada sukan ragbi negara, tetapi berilah sokongan yang padu kepada Kesatuan Ragbi Malaysia dan juga setiap pemain..Aku dapat rasakan sudah tiba masanya Ragbi Malaysia untuk lebih maju seiring dengan pasukan-pasukan ragbi handalan dunia..

Disini juga, aku sertakan ranking terkini ragbi dunia dan ranking ragbi Malaysia di IRB..
New Zealand masih lagi memegang takhta ragbi dunia diekori beberapa negara handalan lain..Mungkin, ranking ni akan berubah lepas Rugby World 2011 di New Zealand tahun nie..



Dimanakah ranking ragbi Malaysia?





Ini dia, ranking ragbi Malaysia di International Rugby Board..Kedudukan yang agak baik bagi aku..antara yang terbaik juga dalam kalangan pasukan di Asia Tenggara..Jika sesuatu boleh kita lakukan, mesti ragbi negara akan mempunyai ranking yang lebih baik daripada ini..

Itu saja buat kali nie..insyaallah, di lain entry, aku nak berbicara pula mengenai Skuad Ragbi Wanita Kebangsaan..:)Semoga sukan ragbi akan terus maju, terus, dan terus maju..

Bombay,

1 comment:

TANJUNG RHINOS RC said...

Sukan ragbi punya watak dan jiwa tersendiri..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...