Followers

Monday, July 25, 2011

Malaysia VS Singapura, Stadium Nasional Bukit Jalil, 28 Julai 2011, Kelayakan Piala Dunia 2014



Salam semua..seperti yang sedia maklum, hari Khamis ini adalah medan pertempuran yang paling penting untuk pasukan Malaysia untuk menebus kehampaan selepas tewas 5-3 kepada Singapura tempoh hari. Memang betul, pasukan Singapura memang hebat, dengan gandingan pemain luar mereka. Tapi, apa kurangnya kita, pasukan yang semakin hari semakin membuka mata segenap pelusuk dunia selepas menjuarai Piala AFF Suzuki tidak lama dahulu. Apa yang penting, Datuk K. Rajagopal mesti membuat sesuatu di bahagian pertahanan, supaya peristiwa tempoh hari tidak akan berulang.



Tanpa kelibat ketua pasukan, Safiq Rahim yang dilayangkan kad merah, tekanan lebih terasa di kem Malaysia. Yang pasti, jurulatih kebangsaan, Datuk K. Rajagopal akan menukar permainan mereka supaya Malaysia boleh membenam Singapura di gelanggang sendiri. Apa pun, sokongan rakyat Malaysia amatlah ditagih oleh semua pemain Malaysia, tambahan kita sedang ketinggalan 2 gol. Sentiasalah menyokong pasukan negara, dan janganlah menjadi penyokong seperti yang diselitkan dalam entry tempoh hari(Dimana Pendirian Anda Sebagai Penyokong Setia Bola Sepak Negara?).

Menang kalah adat pertandingan, pantang menyerah, berikan saingan.

Bombay,

6 comments:

azam said...

:) xde rezeki kot lagi nih.....xpe usaha lebih sikit 28th ni

bombay said...

@azam: itula..hope kita menang khamis nie..:)

c genk bah ne said...

hebat kerana pemain luar,bukan pemain tempata..
Malaysia boleh!!!
100% anak jati

Dalila Diela said...

kesian ketua pasukan kena kad merah..
harap bleh wat yg lebih baek 28th nie..

LuN@_aiDi said...

go Malaysia! go!! kasi gol ok?! hihih

bombay said...

@c genk bah ne: yeah!Malaysia boleh!

@Dalila Diela: insyaallah..Malaysia pasti buat yg terbaik..;)

@kak LuN@_aiDi: Saya akan jaringkan seberapa banyak gol yang boleh, kata Nazreen Zafir@bombay, pemain Bola Sepak negara.:)hehehehehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...