Followers

Sunday, July 24, 2011

Dimana Pendirian Anda Sebagai Penyokong Setia Bola Sepak Negara?



Salam semua. Hari ini aku ingin menulis sedikit mengenai perlawanan semalam dan juga mengenai kesetiaan peminat dan penyokong kepada pasukan Negara. Semua sudah sedia maklum pasukan bola sepak Negara tumpas semalam di tangan Singapura. Walaupun tumpas, bagi aku pasukan kebangsaan tumpas dengan bergaya, bermaruah.

Walaupun mendahului perlawanan dengan jaringan Safee Sali seawal minit pertama, selepas 26 saat bermain, itu tidak menjamin kedudukan pasukan Negara selepas itu. Beberapa minit kemudian, Singapura menyamakan kedudukan dan seterusnya terus menerus mengasak pintu gol Sharbinie Allawee sehingga menjaringkan 3 lagi gol lagi bagi mendahului Malaysia dengan 4-1 pada separuh masa pertama. Separuh masa kedua, kem Malaysia sekali lagi ditekan selepas ketua pasukan, Safiq Rahim dibuang padang selepas melakukan kekasaran terhadap pihak lawan, membuatkan Malaysia pincang dengan 10 orang pemain. Perlawanan berat sebelah itu berjalan tidak begitu lama, selepas seorang daripada pemain Singapura turut dihantar keluar padang sejurus selepas mengutip kad kuning kedua melalui kekasaran yang dilakukan terhadap S. Kunalan. Malaysia kembali mengasak dan akhirnya menemui sentuhan penyudah dengan jaringan Abdul Hadi Yahya, merapatkan jurang gol. Malaysia makin merapatkan kedudukan 2 minit selepas itu selepas turning yang dilakukan Safee Sali dan sepakan cantiknya tidak dapat dijangkau oleh mana-mana pemain pasukan lawan terutama penjaga gol Singapura untuk menjadikan kedudukan kepada 4-3. Singapura enggan mengalah, malah terus mengasak kubu Malaysia dan berjaya meloloskan diri, sehingga menambah satu lagi gol untuk meletakkan Sinagpura 2 gol dihadapan kepada 5-3.

Begitulah serba sedikit perjalanan mengenai perlawanan semalam. Tapi, apa yang aku hendak tekankan di sini, tentang sikap sesetengah penyokong Malaysia. Sikap penyokong Malaysia yang tidak ada pendirian membuatkan aku sangat-sangat kecewa. Apakan tidak, mereka-mereka ini sangat menyanjungi pasukan Malaysia selepas memenangi beberapa perlawanan. Mereka berkata pasukan kebangsaan adalah pasukan terbaik, boleh meningkatkan mutu dan maruah bola sepak Negara. Tetapi itu tidak lama. Ketika pasukan kebangsaan tewas, banyak cemuhan, makian yang dilemparkan terhadap jurulatih dan juga pemain, mengatakan pasukan bola sepak ini tidak tahu bermain bola sepak, bermain seperti pelajar sekolah, dan tidak patut bermain untuk perlawanan berkenaan. Mana perginya kesetiaan anda pada pasukan bola sepak Negara?bukankah anda-anda yang mencemuh ini adalah penyokong setia Malaysia sebelum ini?Adakah anda semua ini bersikap seperti lalang, mengikut sahaja kehendak angin, sekejap kekiri, sekejap kekanan.

Aku sangat hampa dengan segelintir penyokong yang mencemuh pasukan bola sepak kebangsaan selepas tewas semalam. Mereka mencemuh, mengutuk, menulis di wal-wall FB mereka seperti pasukan Malaysia ini kalah 10-0 di tangan Singapura, sperti kalah begitu teruk dengan Malaysi. Padahal, apabila pasukan Malaysia menang mana-mana perlawanan, segelintir orang yang tidak sedarkan diri ini menyokong kemenangan itu dengan mengatakan kemenangan itu adalah disebabkab doa penyokong bola sepak di Malaysia, disebabkan sokongan padu rakyat Malaysia yang tidak putus-putus memberikan sokongan walau apa jua RINTANGAN yang dihadapi. Sudahlah, sokongan walau apa jua rintangan?dan sekarang, di mana anda ketika pasukan Malaysia tewas?Mana sokongan anda?Mana doa anda?

Jikalau anda hanya ingin memakai jersey kebangsaan Malaysia yang berwarna biru dang kuning itu ketika Malaysia berada diatas dan tidak mengalami apa-apa kekalahan, tidak payahlah memakai jersey itu lagi. Anda bukanlah penyokong setia pasukan Malaysia. Anda hanyalah DURI DALAM DAGING, MUSUH DALAM SELIMUT DAN JUGA API DALAM SEKAM kepada pasukan bola sepak kebangsaan dan juga semua penyokong setia pasukan kebangsaan, yang sentiasa menyokong tidak kira waktu mereka kalah ataupun menang.

Sedarlah wahai segelintir penyokong yang tidak ada pendirian di luar sana, pasukan bola sepak kita bermain bermati-matian untuk Negara, ingin membawa pasukan Negara ke persada dunia, sedangkan anda semua, yang tidak melakukan apa-apa untuk Negara, dengan tidak ada pendirian, mencemuh mereka. Sedarlah kalian apakah jasa anda kepada Negara?adakah anda pernah melakukan benda sama yang dilakukan oleh mereka?dan jawapannya sudah pasti tidak.

Fikir fikirkan lah….

Bombay,

2 comments:

Ir. Jamal said...

Terbaik dari Bro Nazreen..Thanks

bombay said...

biase je bro..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...