Followers
Thursday, April 16, 2015
Canterbury Rugby/Under Armour/Selangor 1986 Jersey For Sale
Thursday, August 29, 2013
Selamat Datang Pelajar Baru UiTM Bandaraya Melaka
Wednesday, August 28, 2013
Lama Menyepi
Monday, August 26, 2013
Friday, June 15, 2012
Wednesday, February 15, 2012
MCKK Premier 7s, 24-26 Februari 2012
So, pade sape2 yang nak taw lebih lanjut pasal bende nie, boleh klik dekat [sini] dan [sini]..
Seminggu Lagi Nak Keluar Result Degree UiTM..
P/S: Berdebar-debar....:)
Friday, February 3, 2012
Seremban Banjir! (Gambar KTM Seremban, 2/2/2012, 5.48PM)

Sumber: I ♥ SEREMBAN
Thursday, February 2, 2012
Reds Swoop for Veseli, Welcome to Manchester United!
The 19-year-old centre-back, who plays for Switzerland Under 20s, will link up with Warren Joyce's Reserves after making his name in City's Academy side.
A versatile, cultured defender who is comfortable on the ball, Veseli arrived at Eastlands in 2008 from Lausanne Sport in his homeland, and has been tipped to eventually develop into a central midfielder.
"I am very happy and it is an honour to sign for Manchester United," the Swiss starlet said. "I can’t wait to get started, to work hard and do everything I can to help the team. I am looking forward to showing everybody what I can do on the pitch."
Veseli captained his country to victory in the Under 17s World Cup in 2009 and got his first taste of senior football during City's pre-season tour of North America last summer.
He'll now be looking to settle quickly at Old Trafford and impress for the Reds' second string in a bid to earn a first-team chance.
"I am very thankful to Sir Alex Ferguson for bringing me to such a great club," he added. "Manchester United has a long history of younger players coming through and hopefully I can follow and do the same."
Source : manutd.com , Frederic.Veseli.Official
Wednesday, February 1, 2012
Safee Terus Jadi Kapten, Sambung Kontrak Dengan Pelita Jaya FC

Safee Sali hari ini telah menandatangani kontrak selama 2 tahun bersama Pelita Jaya. Pengurusnya, Zakaria Rahim mengumumkan bahawa kontrak itu termasuk pakej bernilai lebih RM2juta untuk selama 2 tahun termasuk pelbagai kemudahan seperti bonus tetap perlawanan, rumah, kenderaan, pemandu peribadi, cukai dibayar oleh kelab dan tiket pergi balik ke Kuala Lumpur yang disediakan oleh Kelab dan penghormatan sebagai Ketua Pasukan Pelita Jaya FC. Safee juga akan menerima pakej tambahan 'image rights' dimana pihak kelab akan mengusahakan untuk Safee mendapat 'commercial endorsement' bagi pelbagai product di seluruh Indonesia ini. Kelab Pelita Jaya juga akan mendapatkan syarikat-syarikat yang memerlukan imej Safee bagi tujuan pengiklanan dan pemasaran. Safee juga akan diberi peluang untuk bermain dengan mana-mana kelab milik penuh Pelita Jaya Cronus apabila peluang dan ruangnya tiba dan bergantung kepada tempoh pendaftaran yang ditetapkan oleh liga di negara-negara tersebut.
Antara kelab yang dimiliki penuh oleh Pelita Jaya Cronus selain Pelita Jaya FC di Indonesia ialah Brisbane Roar FC di Australia yang akan bermain di AFC Champions League 2012, CS Vise di Belgium, kelab divisi 2 di Liga Belgium dan SAD Uruguay sebuah kelab pembentukan pemain remaja di Uruguay. Pelita Jaya juga mempunyai hubungan yang amat akrab dengan beberapa kelab lain di dunia seperti 5 kelab di liga Brazil yang antaranya adalah Flamengo FC dan beberapa kelab di Eropah terutama di Belanda yang antaranya ialah Ajax Amsterdam FC. Pelita Jaya Cronus pernah memiliki sebuah kelab Liga Perdana Inggeris iaitu Leicester City FC tetapi telah menjual pemilikannya disana. Namun, mereka masih lagi mempunyai hubungan yang amat akrab dengan kelab dan pengurusannya disana. Safee juga di lantik sebagai Duta Sekolah Sepakbola Pelita Jaya di Sawangan, Jawa Barat, Indonesia dan disamping itu juga, di Akademi Sepakbola milik Pelita Jaya, pengurusan Safee Sali sedang berbincang untuk diberikan saham pemilikan akademi tersebut untuk masa depan Safee. Akademi ini sudahpun mempunyai 600 pelajar di Jakarta sahaja dan mempunyai cawangan di daerah lain di Indonesia. Kelab juga bersedia untuk membantu Safee memulakan perniagaan di Indonesia apabila beliau tamat bermain dengan Pelita Jaya atau menamatkan karier professionalnya nanti.
Keputusan yang dibuat oleh Safee Sali untuk terus bermain dengan Pelita Jaya adalah satu keputusan yang telah diteliti semasak-masaknya dan setelah mengambil kira pelbagai aspek dan risiko. Selain Pelita Jaya, Safee juga ada mendapat beberapa tawaran lain antaranya Muangthong FC dan Buriram FC di Thailand, 4 pasukan dari Malaysia antaranya Kelantan FA, Negeri Sembilan FA, Johor FC dan Johor FA selain pasukan Selangor FA yang sentiasa bersedia bila-bila masa sahaja untuk Safee kembali kepangkuan mereka.
Safee juga mendapat tawaran dari pemilik Cardiff City FC untuk bermain disana tetapi harus melalui proses bermain bersama kelab di Eropah yang mempunyai afiliasi dengan Cardiff City untuk tempoh sekurang-kurangnya 1 tahun dulu. Safee juga pernah mendapat tawaran untuk menjalani ujian bersama 5 kelab di German antaranya Eintract Frankfurt, SG Dynamo Dresden. Namun, atas faktor kecederaan dan mengutamakan persiapan pasukan kebangsaan untuk memulakan kempen Pra Piala Dunia 2011 waktu itu, maka Safee terpaksa melupakan peluang keemasan tersebut, namun masih tetap menaruh cita-cita untuk bersama salah satu kelab di Eropah satu hari nanti.
Selain di German, nama Safee Sali juga pernah dikaitkan dengan beberapa kelab lain seperti Galatasaray dan PSG, namun tiada sebarang tawaran atau risikian rasmi yang dibuat oleh kelab-kelab tersebut seperti kelab-kelab yang disebut diatas. Nama Safee juga bermain di kalangan pemilik kelab di liga India, Vietnam dan Qatar. Safee juga telah ditawarkan untuk bersama Harimau Muda yang bermain di Liga Singapura. Safee lebih mengambil sikap ingin bermain daripada ingin bersama. Mengetahui faktor umur yang menjadi kayu pengukur kebanyakan kelab, terpaksa Safee lebih mengutamakan peluang bermain untuk meningkatkan lagi tahap permainannya daripada peluang bersama kelab yang belum menjamin tempat untuknya malahan mungkin lebih memanaskan bangku simpanan atau lebih buruk lagi, diletakkan di pasukan liga simpanan kelab.
Di Pelita Jaya, selain pakej pendapatan dan kemudahan, Safee akan dapat lebih peluang bermain di setiap perlawanan yang mengandungi 10 pemain asing di atas padang (Liga Indonesia benarkan 5 pemain asing tiap pasukan) dari pelbagai negara dan kebanyakan mereka adalah bekas atau masih pemain negara masing-masing. Safee juga adalah kapten kelab Pelita Jaya yang mana ia lebih jelas memberi peluang untuk Safee beraksi di setiap perlawanan. Safee merancang selagi diperlukan, beliau ingin berkelana dengan kerjaya bolasepaknya di luar Malaysia selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Hanya selepas itu, barulah Safee akan memikirkan untuk kembali bersama pasukan di Malaysia, itupun jika masih diperlukan lagi. Ini semua adalah pengorbanan yang dibuatnya demi membantu pasukan negara dan demi menaikkan semangat anak-anak muda yang ingin berkerjaya di bidang bolasepak secara sepenuh masa dan professional.
Kedatangan bekas jurulatih pasukan kebangsaan Indonesia, Rachmad Darmawan lebih menyakinkan Safee untuk bersama kelab Pelita Jaya ini disamping digandingkan dengan penyerang sensasi Indonesia, Greg Nwongkolo dan bekas penyerang kebangsaan Montenegro, Alex Bajevski yang pernah beraksi di UEFA Champions League, kapten pasukan bawah 23 Indonesia, Egi Mergiansyah. Walaubagaimanapun, Safee ucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak terutama media Malaysia dan FAM yang perihatin dengan kedudukannya disini lantaran permasalahan yang berlaku diantara PSSI dengan Liga Super Indonesia. Safee amat hargai segala pandangan dan kritikan serta saranan yang diberikan. Zakaria Rahim berkata, "Safee juga ucapkan terima kasih kepada semua pasukan Liga Super di Malaysia yang berminat untuk mendapatkan khidmatnya dan memohon maaf tidak dapat memenuhi tawaran mereka untuk kali ini.
"Namun, jika diberikan umur yang panjang dan murah rezeki, Safee akan pertimbangkan sebarang tawaran dari mana-mana pasukan dari Malaysia dimasa hadapan." Menurut Zakaria lagi "Ini bukan bererti pintu untuk Safee kembali ke Malaysia sudah tertutup terus kerana dalam sukan professional, segalanya berkemungkinan dan Safee bersedia untuk bersama mereka jika keadaan memerlukan nanti. "Juga terima kasih tidak terhingga kepada rakan-rakan warga Malaysia di Jakarta dan seluruh Indonesia yang sentiasa menemaninya dan memberikan dorongan kepadanya untuk terus berjaya. Paling utama, terima kasih kepada pengurusan Pelita Jaya FC atas keyakinan mereka untuk meneruskan khidmatnya bersama kelab ini untuk selama 2 tahun lagi." Safee juga memohon agar didoakan kejayaannya bersama Pelita Jaya FC dan akan pulang untuk bersama skuad Harimau Malaysia selagi tenaganya diperlukan oleh negara.
Sumber : SafeeSali_10Official , Support Malaysia League (MSL)
Tuesday, January 31, 2012
Student Portal Baru Universiti Teknologi Mara (UiTM)
Izzwan Ariff: Bay, aku rase student portal nie kene tuka la..
Nazreen Zafir: Kan?:)
Izzwan Ariff: Patotnye kene buat macam MMU..barula grand cket..senang student nak taw info pape pasal u..ini tak, siap ade ruang kosongla belah kanan tu..macam ape tah..
Nazreen Zafir: :)..
*Lebih kurang macam tula perbualannye..:)
Aku menyokong 100% kata izzwan ariff..kalau aku nak bercakap, aku manela taw sangat pasal webside2 nie..lain dye, pakar..haha..nak dijadikan cerite, balik cuti nie, student portal terus berubah wajah..hehe..aii, macam taw2 je ade orang komplen..haha..kebetulan agaknye..Lepas je taw student portal dah tukar, dye teros tweet dato'..terbaek...haha..
Lebih kurang macam niela student portal baru..
Bekas Bintang Piala Dunia Croatia Jadi Pilihan Selangor, Gantikan Lelo Mbele



P/S : Ingat lagi pada jersey keramat???
Monday, January 30, 2012
Tarikh Keputusan Peperiksaan Januari 2012 Ijazah Sarjana Muda UiTM..
Mesti korang semua dah tak sabar nak taw result kan?hehe...xtawla sem nie aku mcm mane..cuakkkkk...:)
Fuhh..Lama Sungguh..
Memang xde mase nak update..bz memanjang dekat U..*padahal ade je mase..cakap jela ko malas*..:) Baru lepas abes final exam..act, xdela baru..18 aribulan hari tu paper last..Operation Management..sem nie aku ade 6 paper..TITAS, Human Resource Management, International Business, Financial Management, Marketing, dgn Operation Management..pecah otak nak stady segale macam management...haha...alhamdulillah, dah selesai..tinggal nak taw result je..:)
P/S : Naseb baek ade soalan spot, if tak, hampeh sume..haha..:)
Monday, November 14, 2011
Itu Perempuan..
Pintu luas dibuka,
Langkah derap dimula,
Perjumpaan yang tidak disangka,
Membuat kalbu berkata-kata.
Perempuan! Betulkah apa yang dinampak,
Atau mata liarku yang tercampak,
Ah! Memang nak makan penyepak,
Buat setanku jelma membuak-buak.
Macam tiada apa berlaku,
Terus duduk macam dah selalu,
Mana letak budi pekerti ilmu,
Ah! Sumpah! Nak lempang sederas laju.
Wahai perempuan melayu terakhir,
Ingatlah batas adab yang zahir,
Ibumu mengandung terus melahir,
Ubah hidupmu pengakhiran hampir.
Bombay,
Sunday, November 13, 2011
[11 11 11] 1st Giveaway Myna..

Apa Kita Nak Buat Kalau Ada Kecemasan Dalam Kereta Api/Komuter?
Ok, nak dijadikan cerita, aku bas aku tu menuju ke Seremban, memandangkan aku lebih selesa naik komuter yang dah lali dengan hidup aku..sampai Seremban, terus gy stesen komuter and terus naik, bergerak ke KL Sentral..aku naik dari Seremban sebab nak elak orang ramai yang ade dekat UKM, Serdang dan lain tak bukan, Bandar Tasik Selatan, yang ade stesen bas baru tu..sampai kat tempat2 nie, memang sah, ramai gile umat manusia..
Dekat stesen Bandar Tasik Selatan, ramai yang naik komuter yang aku naik tu, termasuk satu family nie..si ayah umurnye lebih kurang 40-an, si ibu lebih kurang 30-an dan anak nye sorang, lebih kurang 3-4 tahun..korang taw2 jela, dekat stesen BTS nie orang main masuk je, xpikir dan penuh ke tak dalam train tu, sama macam orang dekat stesen Midvalley..ramai orang tolak2 nak masuk train even dah penuh..family yang aku cakap tadi dudok berhimpit2 dalam orang ramai dalam train tu..aku perasan..
Tiba2, lepas stesen Midvalley, si ayah tadi jadi mcm xtentu arah, sambil cakap "emergency, emergency"..aku terkejut jugakla..apahal nie..rupanya dia ada asma (lelah) dengan lmah jantung..disebabkan orang ramai yang tolak2 tadi tu buat dia rase semacam dekat dada..aku nampak dia pegang dada..aku sumpah cuak tengok..si ayah nie ade cakap jugak suruh stop kan train, so, brader sebelah aku nie pegyla dekat satu site dalam train tu, dekat dengan pintu..ade mcm handle..aku rase untuk stopkan train if ade emergency..dah tarik handle, tapi train xstop jugak..naseb baek dah nak sampai KL Sentral..sampai KL Sentral, semua bagi si ayah dengan family tu kuar dulu..aku tegur dia, cakap dah ok ke, dia cakap dah ok..
Syukur alhamdulillah cde ape2 yang jadi mase tu..aku terfikir jugak, kalau jadi lagi bende2 macam nie, ape yang patut kita buat..alat yang ada dalam train yang harus digunakan untuk kecemasan pon macam xde function..aku xtawla sama ada bende tu elok atau tak, ataupon bende tu memang dah xboleh guna sebab dah nak sampai stesen..pelik la kalau macam tu..kalau macam tu, kiranya, setiap kecemasan yang hampir dengan stesen, patut tunggu sampai ke stesen, baru boleh buat ape2 ke?susahla kalau macam nie..
P/S : Aku rase macam nak jumpe je orang KTMB untuk dapatkan penjelasan pasal bende nie..:)
Saturday, October 8, 2011
Angin Kuat Di Melaka..
Friday, October 7, 2011
Cara Mandi Wajib Yang Betul Dan Sah…
Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut,tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanah air kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.Untuk melakukan mandi wajib yang betul,seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya,ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.
Penolong Pengarah Bahagian Dakwah,Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),Ustaz Haji Mat Jais Kamos, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah,didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.
“Akibatnya,mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.Apabila mandi wajib tidak sah,ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul.” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur.
Mandi wajib yang juga disebut sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam.Setiap orang yang melakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.
Rukun mandi wajib ada 3 perkara:
Pertama : Niat.
Kedua : Menghilangkan najis pada badan.
Ketiga : Meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.
Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala.” Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”
Niat itu didalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan.Bagi perempuan yang habis haid,niat mandi wajib ialah: "Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas,niat mandi wajibnya ialah: "Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.
Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah.Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya.Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan,niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.
Mengenai rukun mandi wajib yang ke 2,iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan,menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan,najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib.Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.
Sementara rukun mandi wajib yang ke 3,iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir,meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan,sama ada bulu2 yang jarang atau lebat.Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul,sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka.Bulu2 dalam lubang hidung pula,tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin.Tetapi sekiranya,bulu2 di dalam hidung itu bernajis,ia wajiblah dibasuh.
Mengenai kuku pula,jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku,kotoran itu wajiblah dibuang.Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.
Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai,inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai,mandi wajib seseorang itu tidak sah.Oleh itu,seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai,jika dia hendak mandi wajib,dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu.Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana? Inilah yang rumitnya,sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.
Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai.Inai sebenarnya akan meresap ke rambut,tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.
Tetapi dalam hal ini,jangan pula ada yang salah faham.Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis,bukanlah bermaksud menjadi tidak sah.Dalam hal ini,sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza.Jadi,mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.Dalam hal ini juga,sukalah saya menyatakan,huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib.Jadi,ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.
Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula,Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani,keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja,iaitu keluar darah haid,nifas dan melahirkan anak(wiladah).
Mandi wajib boleh dilakukan dimana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga,air paip,sungai laut dan tasik.Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula,mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh,tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.
Selepas bersetubuh pula,jika ia dilakukan pada waktu malam,jika tidak mahu mandi wajib lagi, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat,manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.
Rasulullah S.A.W Bersabda : " Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat, Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafaat kepada manusia lain." [Hadith Riwayat Muslim]
Sumber : Facebook



























